Assalammualaikum,
Mamat mat saleh kat atas nie bernama Nur Danial Bin Kalam,classmate aku dalam group sr 2 a nie.Sebenarnya aku tak la rapat sangat dengan mamat nie,sekadar borak borak biasa tu adalah.Nak cerita pasal Danial nie,bagi pendapat aku la dia nie antara manusia terpelik yg pernah aku jumpa.haha.kenapa?okay,1st karakter dia nie macam blurr je,2nd dia nie sentiasa mengantuk,kalau nak cakap kalau dalam class dia tak mengantuk memang rasa seram sejuk jugak la,macam ada benda tak elok nak jadi.haha.3rd,apa yang aku perasan lagi dia nie addict pada waffle coklat kat kolej kitorang.Memang waffle tu sedap,tapi kalau dalam satu hari beli sampai 3 4 bungkus tak ke pelik.4th,benda yang aku perasan walaupun dia tak tunjuk,aku rasa dia kaki game,kaki online.Nak cakap dalam laptop dia tu macam2 game adalah,game yg tak pernak aku tengok pun ada.5th,dia nie Mr Simple,maksudnya terlampau simple.Terlalu simple sampai tak tahu nak cerita macam mana.haha.Last,aku baru baru nie perasan yg dia sebenarnya pandai menyanyi ,best suara mamat nie,ala ala Maher Zain pun ada.HAHA
Cukup pasal pengenalan pasal mamat,benda yg sebenarnya aku nak cerita pasal Danial nie ialah karekter Danial masa kat Kem Tasik Chenderoh.Senang cakap "Danial Camp's Version" la.haha.Kalau korang nak tahu,mamat nie merupakan pengarah projek untuk USCA dalam kem nie.So,benda2 berkaitan kem sebelum,semasa,selepas kem semua dia la yg handle.
Nak best kan lagi cerita,masa kat kem,ada satu malam tu Danial nie dipilih untuk menjadi PENGHULU kat kem tu.Aku masa tu terus tunduk kepala la,dalam otak da terfikir macam mana la dia nie kalau jadi penghulu,da la bawak nama Kolej kan,dia nie pulak jenis gelepor2 sikit.Aku tengok geng2 UCSA lain pun da geleng kepala da.Tapi apa yang aku fikirkan tu salah,Danial berjaya beb!Aku terkejut dengan dia masa tu,aku tak sangka org yg bg aku macam blurr2 je camtu confident level dia tinggi.Rileks2 je dia tengking2 org kat depan,walaupun ada kadang2 ada mentertawakan dia tapi aku kagum dia tetap terus kan tanggungjawab dia tu,dia tetap cuba laksanakan tugas tu dengan sebaiknya.Jujur la,bagi aku kau la HERO kitorang budak2 UCSA nie masa kat kem.Gua bangga la beb dengan lu!!Kalau aku lah kat tempat kau masa tu belum tentu aku dapat buat sebaik kau.Memang aku tak sangka la,nie ke Danial yg aku kenal kan?haha.Aku pun yakin jasa kau tu dah naikkan nama kolej kita,walaupun tugas tu kau pegang dalam satu hari je kan.TAHNIAH DANIAL.
**dont judge a book by its cover
p/s : jangan lupa janji kau nak belanja aku waffle haha

1 comment:
oneeee teaaammm..
Post a Comment