Wednesday, 22 February 2012

Tugas

Assalammuaikum,
nak sambung cerita pasal kem untuk post yang lepas,ok kita start dari dari aku yang dilantik sebagai biro peralatan untuk kem nie.Mulanya aku ditugaskan mengambil senarai peralatan yg ada kat kolej untuk menyemak senarai yang nak dibawa semasa kem nanti.Sebenarnya bukan aku sorang biro peralatan,sorang lagi ialah Mohamad Ridhwan Rosli.Selepas mengenal pasti peralatan apa yg nak dibawa,kitorang ditugaskan pula untuk memeriksa peralatan yang nak dibawa tu sama ada masih berfungsi atau tidak .Bukan tu je,kitorg juga dikehendaki berhubung dengan UiTM Jengka,UiTM Shah Alam dan INSTEDT untuk untuk membincang kan peralatan yang perlu dibawa nanti.

Semasa kem,kami biro peralatan dari setiap kampus ditugaskan menyemak senarai peralatan sebelum berangkat  ke Tasik Chenderoh dan sebelum pulang ke Shah Alam.Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar tetapi terdapat beberapa masalah seperti kehilangan 2 batang paddle kayak tetapi masalah dapat diselesaikan :)

**besarnya tanggung jawab jika kita memgang sesuatu jawatan kerana kita kena menjaga amanah orang sebaik baiknya.

No comments: