Tuesday, 28 August 2012

#lagu 1




*LIVE YOUR DREAM, if you can dream it. you can do it.

Langkah Baru




Assalammualaikum. dua tiga hari ni dalam kepala ni asyik terfikir blog blog blog. So aku dah ambik keputusan nak teruskan blog ni. Banyak dah benda benda dalam kepala yg nak kena keluarkan ni. Harap dengan menulis blog ni dapat membantu.

Monday, 27 February 2012

HERO


Assalammualaikum,

   Mamat mat saleh kat atas nie bernama Nur Danial Bin Kalam,classmate aku dalam group sr 2 a nie.Sebenarnya aku tak la rapat sangat dengan mamat nie,sekadar borak borak biasa tu adalah.Nak cerita pasal Danial nie,bagi pendapat aku la dia nie antara manusia terpelik yg pernah aku jumpa.haha.kenapa?okay,1st karakter dia nie macam blurr je,2nd dia nie sentiasa mengantuk,kalau nak cakap kalau dalam class dia tak mengantuk memang rasa seram sejuk jugak la,macam ada benda tak elok nak jadi.haha.3rd,apa yang aku perasan lagi dia nie addict pada waffle coklat kat kolej kitorang.Memang waffle tu sedap,tapi kalau dalam satu hari beli sampai 3 4 bungkus tak ke pelik.4th,benda yang aku perasan walaupun dia tak tunjuk,aku rasa dia kaki game,kaki online.Nak cakap dalam laptop dia tu macam2 game adalah,game yg tak pernak aku tengok pun ada.5th,dia nie Mr Simple,maksudnya terlampau simple.Terlalu simple sampai tak tahu nak cerita macam mana.haha.Last,aku baru baru nie perasan yg dia sebenarnya pandai menyanyi ,best suara mamat nie,ala ala Maher Zain pun ada.HAHA

   Cukup pasal pengenalan pasal mamat,benda yg sebenarnya aku nak cerita pasal Danial nie ialah karekter Danial masa kat Kem Tasik Chenderoh.Senang cakap "Danial Camp's Version" la.haha.Kalau korang nak tahu,mamat nie merupakan pengarah projek untuk USCA dalam kem nie.So,benda2 berkaitan kem sebelum,semasa,selepas kem semua dia la yg handle.

   Nak best kan lagi cerita,masa kat kem,ada satu malam tu Danial nie dipilih untuk menjadi PENGHULU kat kem tu.Aku masa tu terus tunduk kepala la,dalam otak da terfikir macam mana la dia nie kalau jadi penghulu,da la bawak nama Kolej kan,dia nie pulak jenis gelepor2 sikit.Aku tengok geng2 UCSA lain pun da geleng kepala da.Tapi apa yang aku fikirkan tu salah,Danial berjaya beb!Aku terkejut dengan dia masa tu,aku tak sangka org yg bg aku macam blurr2 je camtu confident level dia tinggi.Rileks2 je dia tengking2 org kat depan,walaupun ada kadang2 ada mentertawakan dia tapi aku kagum dia tetap terus kan tanggungjawab dia tu,dia tetap cuba laksanakan tugas tu dengan sebaiknya.Jujur la,bagi aku kau la HERO kitorang budak2 UCSA  nie masa kat kem.Gua bangga la beb dengan lu!!Kalau aku lah kat tempat kau masa tu belum tentu aku dapat buat sebaik kau.Memang aku tak sangka la,nie ke Danial yg aku kenal kan?haha.Aku pun yakin jasa kau tu dah naikkan nama kolej kita,walaupun tugas tu kau pegang dalam satu hari je kan.TAHNIAH DANIAL.

**dont judge a book by its cover

p/s : jangan lupa janji kau nak belanja aku waffle haha


:)

 


SILENT TELLS MORE

SO,


PETUA

   Nak kongsi nie,masa sampai je kat tapak perkhemahan kitorang bergegas mengemas kawasan tapak.Fasi-fasi membahagikan tugas kepada para peserta bagi mempercepatkan kerja.So kerja yg aku telah dapat ialah membuat rak kayak.Masa tu jugak fasi fasi da bagi had masa kat kitorang nie untuk selesaikan kerja masing2,tak silap sejam je.tak ke gelabah semua.haha.kayak bukannya 5 6 biji,banyak woo.pening jugak la fikirkan cara macam mana nak bg cepat kerja nie siap.
   Ok,masa nak benda nie aku ditugaskan untuk cari buluh.Ha,maknanya kene tebang buluh la.haha.kebetulan masatu aku ngan abe (faiz afif) yg ditugaskan cari buluh nie.Da ciap2 pakai glove bawak parang sorang satu da nie,kitorang dibawa oleh fasi ke tempat yg dikatakan tempat banyak buluh tu.Sampai je kat sana da ada fasi lain yang da tunggu kitorang.
   Nak cakap pasal PETUA,ha sebelum kitorang menebas tu macam2 abg fasi nie pesan kat kitorang,tapi ada satu pesanan yg aku rasa agak pelik,abg fasi tu cakap buluh nie ada "miang" (tu aku tahu la) tapi benda yg pelik tu dia cakap kalau kene "miang" tu,gosok dekat rambut.Petua org dulu dulu katanya.Aku tercengang sekejap,fist time dengar benda tu kan,tak tahu la kalau org lain bg diorg benda tu perkara biasa je.
   So,nak sedap kan hati nie aku pun saja la cari "miang" tu then gosokkan kat kepala.Dengan ajaibnya,benda tu menjadi.haha.Sebenarnya buluh yg aku pegang tu saiznya agak kecik la,kebanyak buluh yang ada pun semua saiznya kecik2 je,kata abg fasi tu budak sem lepas dah guna semua buluh2 tu.Patut la buluh2 yg ada kecik2,macam baru nak tumbuh je.
   Nak pendekkan cerita,last2 kitorang guna kan buluh2 lama yg ada kat sebelah tempat samapah kat tapak kem tu.Mujur la cukup buluh tu nak buat rak untuk kayak nie.Untuk pengetahuan jugak,tugasan kitorang ni la tugasan paling lambat siap,paling ramai tolong(team2 lain yg da siap tolong kitorang) lagi best sampai fasi pun tolong kitorang.hahaha 

Wednesday, 22 February 2012

TIDUR


tanpa makanan,manusia boleh hidup sehingga 14 hari,tetapi,tanpa tidur manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

mamalia yang paling lama tidur ialah Koala iaitu 22jam, Kelawar 19 jam dan tenggiling 18jam.Mamalia yang tidur paling sedikit pula ialah zirafah 3 jam,rusa 2 jam dan gajah 3jam(lebih sedikit).

mengikut kajian pakar,1 daripada 4 pasangan tidur di katil yang berasingan.

bermimmpi adalah normal tidak kira ianya "indah" atau ngeri,mereka yang tidak bermimpi selalunya dikaitkan dengan masalah peribadi dan masalah personaliti.

selalunya 70 % dari mimpi lelaki adalah mengenai lelaki,selebihnya mengenai perempuan.Bagi perempuan pula,mimpi mereka 50-50% mengenai lelaki dan perempuan.

selalunya kita akan bermimpi mengenai orang yang kita pernak jumpa/lihat tidak kira sama ada kita ingat atau tidak

#sumber

**teringat kenangan tertidur2 masa post-mortem kat Tasik Chenderoh (Y)

jom nyanyi ramai-ramai ! :D


**antara lagu paling psycho semasa kem yang menguji kekuatan mental ahaha
jom main game nie lagi sekali ??